Want your
own Fotopage?













 
Melor'z FotoPage

By: Melor Indah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 26-Sep-2008 13:41 Email | Share | Bookmark
260908 TIADA LAGI LALANG

Pagi ini aku mendapat panggilan telefon daripada Animal Medical Centre... sedihnya Dr. Sakti beritahu bahawa Lalang dah meninggal pagi tadi. Aku sedih sangat. Kerana selama sebulan ni dialah selalu tunggu aku pulang kerja dan excited bila nampak aku. Tam tam dan Bucuk tu pula cari aku bila waktu lapar saja. Yelah Lalang kan masih kecil. 2 minggu ni Lalang kurang sihat. Selasa lalu kali ketiga aku membawa Lalang ke hospital, kasihan dia tak lalu makan.... Dan setiap malam dia tidur bersamaku. Dan sentiasa tunggu aku di bilik... Sekarang tiada lagi Lalang, dan aku tidak akan melaungkan namanya lagi. Kalau tidak dialah yang terkedek-kedek mendapatkan aku bila aku panggil dia. Dulu Comel aku rasa begini, kali ini Lalang pula... Sedihnya.... Kalaulah ku tahu, kejenguk dia kelmarin dan malam semalam, tapi 2 malam tersebut memang aku pulang lewat pun....


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.