Melor'z FotoPage

By: Melor Indah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 25-Sep-2008 15:10 Email | Share | Bookmark
BERBUKA PUASA DI CHINOZ

Hari ini aku, fawzy, lisa, cik bad, sya, sarah dan iqbal berbuka puasa di Chinoz. WTW open table. Aku, CIk Bad dan Azami dari WTW tumpang kereta baru Lisa, cik Peugot (alamak tak tau ejalah...). OK juga food dia, aku suka Pizza Mediterian nya. Mmm aku jenguk-jenguk gaks kat dapur restoran ni, tapi tak nampak plak Exec Chef nya. Dengar khabar Exec Chef yang baru ni kawan adik masa amik Sijil kat ITM dulu. Then dia further kat abroad, dan kerja di sana. Adik pula sambung kat ITM Dungun.

so kenal2 dengan mr. thomas, actually dah pernah jumpa dia sekali semasa meeting, rupanya friendly dan lucu juga orangnya.

selepas tu aku dan lisa minta diri. dia ke parkson, dan aku terus menuju ke nz sebelah public bank. aku janji jumpa zahree kat situ. dah lama giler tak jumpa member aku tu. kali terakhir 1996, zaman naif kerja2 kat kfc sementara tunggu result spm. 1996, mmm 2008 baru jumpa dia. tu pun kebetulan dia tercontact aku selepas terjumpa fotopages aku ni, dan pernah nampak aku kat seri melayu masa berbuka puasa tahun lepas... lucu bila ingat2 zaman dolu2...
dia datang dengan fadli, teman sekantor. nice meeting u.

oklah bersambung di lain kali k...

mmmm esok hari jumaat, yea lepas tu cuti raya!!! dam dam dum bunyi mercun... lalalaa...
amboi senang hati nampak? hooohho senang hati mendernya? ada 1 kerja yang tak beres lagi di pejabat. dan sebab kerja tu aku tak senang duduk.... aduhhhhlahhhh camana ni, dahlah minggu depan sumer orang cuti! macam mana ni, kerana orang lain, aku yang serabut..... orang yang akan kena sembur dulu pastinya aku dulu, 2,3 hari ni selamat, coz bos aku cuti, ni esok tak taulah camana.... waduh waduh waduh.. fenin fenin.... aku memang dah agak ini akan terjadi.... kenapalah aku yg jadi mangsa yer?



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net