Melor'z FotoPage

By: Melor Indah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  32  33  34  35  36  37  38  39  40  41  42  43  [44]  45  46  >  >>]    [Archive]
Monday, 17-Jan-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark

hai, eda, sinar dan pjot ! sori gambar2 kita kat segamat n shah alam belum lagi aku scan... maklumlah zaman tu lum ada digital... so kena korek album2 lama... nanti ek.. akan ada foto2 tu... gambar kawin ko da akan menyusul.... juga foto sinar dan sidar juga...

eda, alhamdulillah interview aku ari tu ok so aku skang dah kerja kat akademi seni kebangsaan. start 3hb ari tu. so ni minggu ke3 aku lah kat ask ni.


Sunday, 16-Jan-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
malam tunas jiwa

semalam ada acara 'malam tunas jiwa'. suatu ekspresi seni untuk dikongsi bersama khususnya berkenaan dengan mangsa2 tsunami. telah diadakan di laman akademi seni kebangsaan, jalan tun ismail. penganjur utama ialah yayasan kesenian perak bersama seniman prihatin. juga disertai oleh akademi seni kebangsaan (ask) juga dewan bahasa dan pustaka.

malam itu dimulai dengan doa oleh en. rahim abdullah yang merupakan penulis juga pensyarah ask. antara peserta yang mengambil bahagian ialah rozan azen, kumpulan dewangga sakti, muhammad haji salleh, szi, zubir ali, pelajar jurusan muzik dan tari ask , ladin nuawi dan grup anak2 ciliknya, pretty ugly, hazami, rahman shaari, wisran hadi, penari2 dbkl(wah, persembahan mereka menarik skali-ala2 roh -roh yang meminta pertolongan), dan ramai lagi.

alhamdulillah ramai juga khalayak malam itu dan aturacaranya berjalan lancar walaupun ada sedikit kelewatan acara bermula.

insyaallah usaha ini akan diteruskan lagi bagi membantu mana2 pihak yang memerlukan - yang pentingnya usaha ini diharap makin dapat menyatukan umat manusia....


Wednesday, 29-Dec-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
BENCANA DI ACEH

Sudah tiga hari semenjak gempa dan tsunami di aceh, utara m'sia, india, sri lanka dan yang lain-lain... Semalam aku dapat sms daripada bonda yang sebenarnya daripada Mus student UKM yang berasal dari Meulaboeh, Aceh. sedih sekali dia baru dapat berita daripada teman2 Aceh yang keluarganya semua meninggal dunia-ibu, ayah, abg, kakak dan anak2 buahnya... aduh sedihnya. rencananya ingin pulang bersama Wardah isterinya bulan Mac 2005 nanti. Ingin pulang kampung bertemu keluarganya... tapi kini hanya tinggal harapan saja. Aku rasa kali terakhir dia pulang awal tahun ini, semasa ingin menikah dengan wardah.

Mmm bagaimana dengan Fauzan dan Hari.... alhamdulillah mereka selamat kerana semasa kejadian mereka masih di medan. namun nasib keluarga mereka masih belum diketahui. tentu saja mereka masih teramat susah hati - tak tergambar... Keluarga Pak Darwis juga bagaimana, padahal aku dan bonda baru saja ketemu 2 minggu lalu... Bonda sedih sekali. Ibu Asmah, Keluarga Abang Afi, Kak Mimi... wahhhhh camana yer???

tentunya ada sebab dan hikmah di sebalik kejadian ini. dalam masa ini tidak ada masa-peluang untuk tentera dan gam untuk berperang-bersengketa. yang penting sekarang nyawa semua penduduk di sana.... aku dengar Pak Hasballah ke sana tentunya melaksanakan kerjanya... helikopter yang dinaiki sukar mendarat memandangkan tanahnya digenangi air-banjir...
bayangkan ombak besar setinggi sepohon kelapa-aduh, dan kita hanyasetakat 1meter lebih jer!!!
di kaca tv aku tengok mangsa yang di phuket tu sampai kejong2 tangan terbuka, sedih nengoknya...
alfatihah untuk sumer mangsa yang terkorban.... dan iktibar untuk kita semua.....


Sunday, 26-Dec-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
ACEH

hari ni aceh dilanda gempa bumi dan tsunami!!! masyaAllah..... 0)


Friday, 24-Dec-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
Eda&Sha, Pak Untung, Fauzan dan Hari

PAK UNTUNG & AUNTY JUN PRAKTIS NYANYI
PENDENGAR SETIA-NADHIR DAN HARIS
PETANG DI INTEKMA RESORT
View all 6 photos...
mmm sudah hampir seminggu eda dan sha menikah. tahniah untuk korang berdua!!! juga lina yang sebulan menikah dengan decky... semoga kebahagiaan korang ber4 adalah untuk selamanya..... hehehe tapi janganlah lupa plak kat aku ni-member korang tau... keep in touch yer....

esok 25hb pak untung basuki akan pulang ke jogja. setelah hampir 10 hari di kl-bangi... pak untung ni adalah penyanyi lagu puisi dari jogja... datang ke sini setelah di undang bonda untuk acara di hari puisi nasional ke 16 di intekma shah alam hari tu. heheh selama seminggu ni kesian dia kerana sentiasa mengikuti kami yang selalu berpindah rumah-studio. hehehe.... selasa lalu sempat juga menyalurkan sedikit pandangan dan pengalaman kepada kami juga pelajar2 ukm yang ambil subjek puisi moden. mmm jadi kelas tersebut ada persembahan dari pak untung lah dengan gitarnya.

selain pak untung, ada fauzan dan azhari... mmmm fauzan ni adalah penggiat teater-pemuisi dari indonesia juga dan azhari merupakan cerpenis yg antara karyanya 'asam pedas'... tentunya pelajar2 ni enjoy dapat bersama mereka...

semoga ketemu lagi dengan mereka... memandangkan pak untung akan pulang ke jogja esok dan akan menyambut krismas bersama keluarganya... manakala hari dan fauzan sudah berangkat pulang ke acheh rabu lalu....

foto2 mereka sumer kemudian eeeee.......


[<<  <  32  33  34  35  36  37  38  39  40  41  42  43  [44]  45  46  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net