Melor'z FotoPage

By: Melor Indah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  32  33  34  35  36  37  38  39  [40]  41  42  43  44  45  46  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 17-May-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
MASIH BERSANTAI DI PANTAI PERHENTIAN :)

lepas srapan tibalah masa untuk menjejak tanah
long, cepatle amik gambar
din cepat amik gambar kak long!
View all 47 photos...
MMMM kali ni aku bermain air pulau perhentian......


Monday, 16-May-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
AKU&WIRA DAH SAMPAI KUALA BESUT... PULAU PERHENTIAN HERE WE ARE!

lambatnyalah nak naik bot... ni asyik nengok bot parking je...
Mat saleh yg travel alone...1 bot ngan kitorang...
aku&adik... bila nak sampai pulau ni...
View all 41 photos...
Aku dan adik sampai stesyen bas kuala besut lebih kurang jam 5pagi.... melepak kat pangkin bawah pokok yang rendang di dalam kegelapan menunggu agent Tuna Bay Resort.... kat tempat kitorang tunggu tu adalah beberapa bebudak kolej... ada sorang tu macam muka Dian Sastrowardoyo@Cinta tu. tapi aku rasa dia tu Chindian... tak tau lah diorang duk mana plak nanti. dan ada gaks grup bebudak lelaki bersama gitar-gitarnya... dan beberapa orang putih tua...

Tunggu punya tunggu tak muncul jugaklah cik Nora tu. padahal dah kul 6 pagi. Rupanya kitorang kena gi opisnye. yang sebenarnya sekangkang kera je. mmm alamak. opisnya tak buka lagi. so kena tunggulah staff baru yang dikatakan cik Nora. tak lama pas tu , sampailah orangnya. mulanya aku ingatkan itulah Cik Nora. laaaa Rupanya Cik Mimi...Mmmm kali ni aku salah teka lagi, orang Cina, tapi kusangka Melayu...hehehe.... mana taknya, cakap melayu biasa je...Yelah Cina terengganulah katakan.

aku dan adik gi sarapan dulu kat kedai tepi jeti kuala besut... makan laksam dan adik makan nasi lemak. 8.00pagi aku dan adik dibawa cik nora ke jeti tu... bayar duit taman laut dulu, pas tu tunggulah nak naik speed boat. 8.30 bila dah ramai orang baru kitorang naik bot, dan gerak....mmm dah lama aku tak naik bot. sonotnyer!!!

9.45am aku tiba kat perairan tuna bay... menjejaki pasir tuna bay... dan apalagi check in la... room 19&25.


aku dan adik berehat@tidur sampailah pukul 4 petang... maklumlah 2 hari sebelum tu aku tak puas tidur.... sementara tunggu Wira bersiap, aku lepak tepi pantai ler.... tengoklah foto2 yang aku amik kat sana ehhhh....


Sunday, 15-May-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
CUTI-CUTI MALAYSIA KE PULAU PERHENTIAN

HEHEHE TAK SABARNYER!!! Malam ni aku dan adik akan ke Kuala Besut. Naik bas Mahligai dari Hentian Putra dan menuju ke Kuala Besut jam 9.30malam. Ijep dan Sharil hantar kitorang. tq ek! Planning ke Pulau Perhentian. Insyaallah esok pagi jam 4.30 tiba di stesyen bas kuala besut...


Friday, 13-May-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
DEAR P-JOT & KG BANDAR DALAM KU !!!

SELAMAT DATANG KE KG. BANDAR DALAM
 
sungai gombak..... mmm what to say aaa?
View all 22 photos...
HAI Pjot.... Sihat ko?
mmm yup aku yg amik gambar majlis perkahwinan tu. termasuklah foto lily & azman. tu yg latest... ko bila plak nak kenduri...


Thursday, 12-May-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Berita terkini tentang pertemuan aku dan Borneo

Yup kengkawan... semalam petang aku jumpa Borneo. Sahih dia dah buat kenduri belah pompuan, tapi aku terlupa plak tarikhnya. Bulan 4 rasanya. dan kenduri belah lelaki 21hb Mei ni. Lagi 9 hari lah maknanya... Alamak, rushing giler ler aku. Ada sesapa yang plan pergi balik ari tak? Aku nak tumpang!!! (hehhe) Alamak ahad tu plak kenduri si Mai, tapi aku tak surelah pulak dapat pergi ke tak, ada kerja (2b confirm)...


[<<  <  32  33  34  35  36  37  38  39  [40]  41  42  43  44  45  46  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net