Melor'z FotoPage

By: Melor Indah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 19-Mar-2010 16:47 Email | Share | | Bookmark
It's been a while...

Sudah terlalu aku tidak menjengah Fotopagesku.....
ahhhh dari sinilah aku bermula....

sekarang semuanya beralih ke dunia FB....
suka duka di sini beralih ke suka duka FB.
mmm macam2 berlaku dalam hidupku.


Friday, 5-Dec-2008 17:13 Email | Share | | Bookmark
Pulang Lewat Malam Ini

Hari ini aku dan kak ida adalah orang terakhir yang meninggalkan pejabat. mmmm jam 10.30malam!
Kami makan malam bersama di Melati Setia.
Menu kami ialah Ikan kembung 3 rasa, kailan ikan masin dan kerabu sotong, air teh o dan air limau panas. semuanya RM19.


Sunday, 28-Sep-2008 22:30 Email | Share | | Bookmark
Memasang Pelita Di Halaman

Adik sambung tugasanku
 
 
View all 7 photos...
Aku dan adik memasang pelita. Memula aku pasang jam 6.30 tadi. 2 je dulu. Lepas tu gi majlis berbuka puasa di kedai cik ipah anjuran Madrasah Tarbiyah rumah (kampung)ku. Sepulangnya daripada berbuka puasa, kulihat 1 daripada pelita yang kupasang dah hilang! issshhhh geramnya... itu pun nak dicuri, tak paham betul!


Friday, 26-Sep-2008 13:41 Email | Share | | Bookmark
260908 TIADA LAGI LALANG

Pagi ini aku mendapat panggilan telefon daripada Animal Medical Centre... sedihnya Dr. Sakti beritahu bahawa Lalang dah meninggal pagi tadi. Aku sedih sangat. Kerana selama sebulan ni dialah selalu tunggu aku pulang kerja dan excited bila nampak aku. Tam tam dan Bucuk tu pula cari aku bila waktu lapar saja. Yelah Lalang kan masih kecil. 2 minggu ni Lalang kurang sihat. Selasa lalu kali ketiga aku membawa Lalang ke hospital, kasihan dia tak lalu makan.... Dan setiap malam dia tidur bersamaku. Dan sentiasa tunggu aku di bilik... Sekarang tiada lagi Lalang, dan aku tidak akan melaungkan namanya lagi. Kalau tidak dialah yang terkedek-kedek mendapatkan aku bila aku panggil dia. Dulu Comel aku rasa begini, kali ini Lalang pula... Sedihnya.... Kalaulah ku tahu, kejenguk dia kelmarin dan malam semalam, tapi 2 malam tersebut memang aku pulang lewat pun....


Thursday, 25-Sep-2008 15:32 Email | Share | | Bookmark
KAU YANG PUNYA -malique feat najwa

**chorus**
Jangan kau bimbang sayang
Di mana ku berada
Dengan siapa ku bersama
Jangan bimbang
Ku tetap
Kau yang punya
*verse 1*
Bertukar pandangan, senyum
Bersalaman ke sekadar berkawan
Dan bila cinta dah mula berputik
Ah, tak tidur malam
Angan angan jadi pasangan
Dah jadi kenyataan
Yang nyatanya, telah banyak kita harung
Adakalanya rasa bebas, kadangkala terkurung
Kita pernah berpisah dan kembali,
Berpisah dan kembali
Kembali kerna pengorbananmu ku hargai
Teman-teman huru-hara tiada lagi, tata, bye bye
Tiada lagi huhu haha
Jadi sebagai gantinya lagu ni kau yang punya
Yang kau nyanyikan, aku nyanyi juga
Tak sempurna tapi ku kan tetap coba
Dan janji-janjimu ku janji juga, yup
Kini kau dalam duniaku macam hip hop
**chorus**
*verse 2*
Kerjayaku memang kejam
Punca matamu tak boleh pejam
Bermalaman, bukan berjam
Di mana? Dengan siapa ku bersama?
Berpeluh, bertenaga dengan mic ku berasmara
Yang lihat masih menjerit, si genit masih mengenyit
Bungkusan dilontar sepuluh digit masih terselit
Nah, tidak teruja. Mungkin sudah tua
Tiada lagi show, kemudian after party
Tiada lagi party, kemudian hotel lobi
Yang lain masih berpesta
Biarkan saja mereka, mereka masih muda
Aku di telefon kalau tak di sisimu
Dan kalau dengar suara, itu TV atau lagu
Jangan bimbang, tiada siapa bersamaku
Dan jangan bimbang kalau tiada yang berlaku
Nope
**chorus**
*verse 3*
Satu fakta, dua penipuan
Yang pertama kita ambil, dua buang
Kenapa mengeluh?
Dengar cerita lagi, dah jenuh berkali-kali
Komplikasi dalam komunikasi jadi konfrontasi
Mulut orang perosak reputasi, pembunuh motivasi
Mereka pakar fabrikasi, modifikasi
Di depan senyum, belakang dengki
Yang cemburu mungkin teman kita sendiri
Siapa tahu?
Peduli, kita dah semuanya bersama
Dah senang bersama, dah susah pun bersama
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah ku harap kita mati pun bersama
Ke akhirnya
**chorus**
Ku hanya punya kau
Dan
Hip hop
*outro*
Ku juga bimbang sayang
Di mana kau berada
Dengan siapa kau bersama
Jangan lupa
Kau tetap ku yang punya


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net